Kesimpulannya, penerangan yang serba ringkas ini,dapatlah
disimpulkan bahawa tindakan tindakan media mempopularisasikan alam mistik telah
melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan
menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya serta dapat merosakkan akidah
umat islam zaman sekarang jika terpengaruh. Perkara ini jelas memberi kesan
negatif kepada masyarakat.Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan
mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar.Oleh
yang demikian,pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan
mengambil tindakan secara drastik.
Kita sebagai
orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah
melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga
perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika
kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia
selemah-lemah iman.
No comments:
Post a Comment