Wednesday, 8 February 2017





TUGASAN INI DISIAPKAN OLEH :

MOHD HAFIZZUDIN BIN MOHAMAD NAZI                                      12DIP14F2011
MUHAMMAD NUR IZZAT BIN MOHAMED SHUKREE                      12DIP14F2005

KELAS : DIP5A

KURSUS : DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

JABATAN : JTMK

SESI : DISEMBER 2016

TAJUK : AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT. BINCANGKAN CARA MENGATASI BERLELUASANYA MASALAH INI

PENSYARAH : PUAN ROHANI BINTI RAZAK



PENGENALAN



     Pada zaman sekarang, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang menkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berda dalam proses belajar. 

     Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak.

     Dalam konteks ini, khurafat adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah S.W.T sahaja. Disamping itu, amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu yang menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun disisi Allah. Disini, kami ingin mengupas lebih lanjut tentang amalan syirik dan khurafat dalam filem yang mengancam akidah umat islam zamn sekarang dan bagaimana cara mengatasi masalah ini dari berleluasa.


OBJEKTIF PENULISAN

  • Memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang keburukan mengamalkan khurafat dan syirik.
  • Menjelaskan hukum mengamalkan dan mempercayai amalan khurafat dan syirik dalam kehidupan.
  • Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.


PENGERTIAN SYIRIK DAN KHURAFAT


PENGERTIAN SYIRIK

  • Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT.

PENGERTIAN KHURAFAT

  • Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.


CIRI-CIRI SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM PENERBITAN

Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri khuurafat dan tahayul seperti yang berikut:

  • Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas  syarak sama ada al-Quran atau Hadis.
  • Cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda,rekaan,dongeng,khayalan atau kepercayaan karut.
  • Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam
  • Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan pemohonan kepada 'makhluk halus' bagi bertujuan memudaratkan orang lain dan peyelewengan daripada akidah Islam.


PUNCA BERLAKUNYA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

a) Kejahilan

  • Ini adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan khurafat dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap individu muslim.


b) Kepentingan Peribadi

  • Bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa mengadaikan aqidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar.


c) Niat Yang Jahat

  • Sesungguhnya di antara hikmah adanya syurga dan neraka ialah adanya manusia yang baik dan yang jahat yang setiap hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya.


d) Lemah Iman Dan Jiwa

  • Bila seseorang itu yang telah berputus asa untuk meminta pertolongan dari Allah SWT dan tidak lagi percaya wujudnya Allah SWT.


e) Ketakutan Menguasai Diri

  • Dimana seseorang itu telah mengalami ketakutan melampau sehingga sanggup berbuat apa saja. Sebagai contoh takut kepada kubur, wali-wali, pokok besar, jin-jin dan kepada sesuatu yang lain.


f) Tidak Takut Akan Seksaan Diakhirat

  • Seseorang itu tidak percaya akan pembalasan Allah SWT dan siksaan diakhirat sebenarya wujud.


CONTOH AMALAN KHURAFAT YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK

1. Kenduri Tolak Bala.

  • Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

2. Puja Kubur.

  • Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan.

3. Pemujaan Tanduk Kerbau.

  • Tanduk kerbau sering dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan orang yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Adakalanya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis.

4. Upacara Melenggang Perut Bagi Ibu Yang Mengandung

  • Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih.

5. Mendirikan Rumah Baru .

  • Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

6. Upacara Menurunkan Perahu/Kapal Yang Baru ke Laut

  • Upacara ini di lakukan oleh bomoh dengan harapan perahu/ kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas.


SENARAI FILEM ATAU DRAMA YANG MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR SYIRIK DAN KHURAFAT


Ini merupakan sedikit contoh-contoh filem yang mengandungi unsur-unsur khurafat dan syirik yang boleh memesongkan akidah umat islam jika terpengaruh. 










HUKUM MEMPERCAYAI SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM ISLAM

Hukum mempercayai adanya keramat, khurafat, tahyul dan kebudayaan karut adalah syirik, kerana menganggap perkara-perkara boleh mendatangkan manfaat, selain daripada kekuasaan Allah S.W.T.

a) Maksud firman Allah S.W.T. (Yunus: 106)”:

“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim.”

b) Maksud hadith Nabi saw pula:

“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal. 33)

KESAN AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DIDALAM FILEM

1. Cerita tahyul dijadikan hiburan semata-mata
  • Cerita-cerita tahyul tidak memberi faedah kepada masyarakat kerana elemen rekaan yang disampaikan terlalu sarat berbanding moral yang hendak disampaikan. Masyarakat juga memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada syirik. Ini menyebabkan manusia mengambil ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka ria.

2. Pengaruh kepada kanak-kanak
  • Kanak2 belajar daripada pemerhatian. Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkahlaku yang ditonjolkan, pemahaman dan percakapan. Ia menyebabkan kanak2 terikut2 dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada mereka di masa akan datang.

3. Mengeksploitasi media sebagai sumber ilmu yang salah
  • Rakyat Malaysia mudah terpengaruh, mengikut dan mengambil jalan pintas dan menggunakan medium yang salah untuk mencapai kemewahan. Dengan filem dan drama sebegini mengajar masyarakat menggunakan ilmu sihir untuk tujuan tertentu contoh santau, ilmu hitam, bomoh dan berunsur khurafat berpunca dari hasad dengki atau untuk kepentingan diri sendiri.

4. Masa yang dipertontonkan tidak sesuai
  • Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat islam.Malam yang penuh barakah ini tampak ‘mesra’ di kalangan umat Islam khususnya sebagai malam yang seram lagi menakutrkant Syarikat-syarikat produksi filem yang mengeluarkan lambakan cerita-cerita ‘hantu’ dan seram kepada syarikat televisyen perdana  menyumbang kepada budaya negatif seperti meminta izin ketika melalui pokok besar dan sebagainya..Menambahkan lagi perisa dan rencah kepada ‘penghayatan’ cerita ini, sudah tentu slotnya ditayangkan pada malam Jumaat, malam yang kononnya amat ‘misteri’ bagi penggemar-penggemar alam mistik. Amat malang sekali apabila malam yang sepatutnya diisi dengan fadilat kebesaran hari Jumaat, siri-siri diskusi ilmiah dan slot-slot tazkirah diganti dengan pengisian mitos dan melalaikan.

CARA MENGATASI AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM YANG DAPAT MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM

1. KERAJAAN
  • Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.
  • Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.
  • Memberi penerangan lengkap tentang ajaran Islam sebenar.
  • Menggunakan media masa dengan cara yang betul dalam pembentukkan akidah murni
  • Mewujudkan unit kaunseling dan pusat pembentukkan akidah   terutamanya dikalangan remaja Islam.
  • Mengawal pengaruh luar yang negatif bertentangan dengan budaya dan ajaran Islam.
  • Menguatkuasa undang-undang untuk membenteras jenayah ajaran yang menyesatkan.

2. PERANAN MASYARAKAT
  • Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.

3. PERANAN DIRI SENDIRI
  • Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.




KESIMPULAN


Kesimpulannya,  penerangan yang serba ringkas ini,dapatlah disimpulkan bahawa tindakan tindakan media mempopularisasikan alam mistik telah melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh syarak secara khususnya dan menyalahi undang-undang penyiaran secara amnya serta dapat merosakkan akidah umat islam zaman sekarang jika terpengaruh. Perkara ini jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat.Masyarakat muslim yang sepatutnya dididik dengan mengagungkan keesaan Allah akan bercabang pemusatan akidah tanpa sedar.Oleh yang demikian,pihak berkuasa seharusnya memandang serius kesalahan ini dan mengambil tindakan secara drastik.

Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.

CONTOH GAMBAR DAN VIDEO SYIRIK DAN KHURAFAT











CONTOH VIDEO MELAKUKAN AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK SEPERTI DI BAWAH :





SUMBER RUJUKAN




TUGASAN INI DISIAPKAN OLEH : MOHD HAFIZZUDIN BIN MOHAMAD NAZI                                      12DIP14F2011 MUHAMMAD NUR IZZ...