Wednesday, 8 February 2017





TUGASAN INI DISIAPKAN OLEH :

MOHD HAFIZZUDIN BIN MOHAMAD NAZI                                      12DIP14F2011
MUHAMMAD NUR IZZAT BIN MOHAMED SHUKREE                      12DIP14F2005

KELAS : DIP5A

KURSUS : DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

JABATAN : JTMK

SESI : DISEMBER 2016

TAJUK : AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM FILEM TELAH MEMPENGARUHI PARA PENONTON DAN MASYARAKAT. BINCANGKAN CARA MENGATASI BERLELUASANYA MASALAH INI

PENSYARAH : PUAN ROHANI BINTI RAZAK



PENGENALAN



     Pada zaman sekarang, kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan di sini adalah mengenai fenomena kebangkitan filem yang kebanyakan merosakkan akidah umat Islam. Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik, aksi, mahupun seram. Seiring dengan kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang menkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berda dalam proses belajar. 

     Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak.

     Dalam konteks ini, khurafat adalah karut-marut yang tidak benar sama sekali. Tidak sepatutnya kepercayaan-kepercayaan sedemikian menghantui umat Islam sehingga menghindarkan perjalanan hidup mereka kerana kongkongan khurafat itu. Umat Islam perlu bersih niat dan pergantungan mereka hanya kepada Allah S.W.T sahaja. Disamping itu, amalan khurafat boleh membawa kepada syirik yang sudah tentu yang menjejaskan akidah seseorang Muslim selain hanya mengakibatkan dosa yang tidak terampun disisi Allah. Disini, kami ingin mengupas lebih lanjut tentang amalan syirik dan khurafat dalam filem yang mengancam akidah umat islam zamn sekarang dan bagaimana cara mengatasi masalah ini dari berleluasa.


OBJEKTIF PENULISAN

  • Memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang keburukan mengamalkan khurafat dan syirik.
  • Menjelaskan hukum mengamalkan dan mempercayai amalan khurafat dan syirik dalam kehidupan.
  • Kerajaan perlu menubuhkan satu badan khas untuk menangani kes-kes amalan khurafat dan syirik yang semakin berleluasa di negara kita.


PENGERTIAN SYIRIK DAN KHURAFAT


PENGERTIAN SYIRIK

  • Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT.

PENGERTIAN KHURAFAT

  • Khurafat maksudnya kepercayaan karut yang direka-reka dan diadakan untuk membentuk suatu keyakinan tentang akan berlakunya baik atau buruk terhadap sesuatu kerja berpandukan kepada perbuatan dan kejadian-kejadian alam yang berlaku dengan mentafsirkan kejadian itu akan membawa bala bencana atau membawa tuah keberuntungan.


CIRI-CIRI SYIRIK DAN KHURAFAT DALAM PENERBITAN

Berdasarkan garis panduan JAKIM (2009) antara ciri-ciri khuurafat dan tahayul seperti yang berikut:

  • Cerita-cerita yang tidak didasarkan pada nas-nas  syarak sama ada al-Quran atau Hadis.
  • Cerita-cerita yang berunsur mitos dan lagenda,rekaan,dongeng,khayalan atau kepercayaan karut.
  • Cerita-cerita yang bersumberkan kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam
  • Cerita-cerita yang berbentuk pemujaan dan pemohonan kepada 'makhluk halus' bagi bertujuan memudaratkan orang lain dan peyelewengan daripada akidah Islam.


PUNCA BERLAKUNYA AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT

a) Kejahilan

  • Ini adalah faktor utama yang mendorong manusia sanggup melakukan amalan-amlan khurafat dan syirik. Sebab itulah Islam amat menitik beratkan agar umatnya sentiasa meningkatkan keupayaan diri dengan menuntut ilmu. Menuntut ilmu adalah suatu kewajipan atas setiap individu muslim.


b) Kepentingan Peribadi

  • Bagi mendapatkan sesuatu kepentingan duniawi, manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa mengadaikan aqidah dan agamanya dan terlibat dengan gejala mungkar.


c) Niat Yang Jahat

  • Sesungguhnya di antara hikmah adanya syurga dan neraka ialah adanya manusia yang baik dan yang jahat yang setiap hari sentiasa memikirkan bagaimana dia ingin merealisasikan niat dan amalannya.


d) Lemah Iman Dan Jiwa

  • Bila seseorang itu yang telah berputus asa untuk meminta pertolongan dari Allah SWT dan tidak lagi percaya wujudnya Allah SWT.


e) Ketakutan Menguasai Diri

  • Dimana seseorang itu telah mengalami ketakutan melampau sehingga sanggup berbuat apa saja. Sebagai contoh takut kepada kubur, wali-wali, pokok besar, jin-jin dan kepada sesuatu yang lain.


f) Tidak Takut Akan Seksaan Diakhirat

  • Seseorang itu tidak percaya akan pembalasan Allah SWT dan siksaan diakhirat sebenarya wujud.


CONTOH AMALAN KHURAFAT YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA SYIRIK

1. Kenduri Tolak Bala.

  • Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

2. Puja Kubur.

  • Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan.

3. Pemujaan Tanduk Kerbau.

  • Tanduk kerbau sering dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan orang yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Adakalanya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis.

4. Upacara Melenggang Perut Bagi Ibu Yang Mengandung

  • Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih.

5. Mendirikan Rumah Baru .

  • Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

6. Upacara Menurunkan Perahu/Kapal Yang Baru ke Laut

  • Upacara ini di lakukan oleh bomoh dengan harapan perahu/ kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas.


TUGASAN INI DISIAPKAN OLEH : MOHD HAFIZZUDIN BIN MOHAMAD NAZI                                      12DIP14F2011 MUHAMMAD NUR IZZ...