- Cerita-cerita tahyul tidak memberi faedah kepada masyarakat kerana elemen rekaan yang disampaikan terlalu sarat berbanding moral yang hendak disampaikan. Masyarakat juga memandang ringan perkara yang boleh membawa kepada syirik. Ini menyebabkan manusia mengambil ringan permasalahan akidah dan hidup hanya untuk bersuka ria.
2. Pengaruh kepada kanak-kanak
- Kanak2 belajar daripada pemerhatian. Televisyen merupakan pengaruh terbesar kepada kanak-kanak yang memberi kesan dari aspek tingkahlaku yang ditonjolkan, pemahaman dan percakapan. Ia menyebabkan kanak2 terikut2 dengan perkara tahyul ini dan memberi kesan kepada mereka di masa akan datang.
- Rakyat Malaysia mudah terpengaruh, mengikut dan mengambil jalan pintas dan menggunakan medium yang salah untuk mencapai kemewahan. Dengan filem dan drama sebegini mengajar masyarakat menggunakan ilmu sihir untuk tujuan tertentu contoh santau, ilmu hitam, bomoh dan berunsur khurafat berpunca dari hasad dengki atau untuk kepentingan diri sendiri.
4. Masa yang dipertontonkan tidak sesuai
- Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat islam.Malam yang penuh barakah ini tampak ‘mesra’ di kalangan umat Islam khususnya sebagai malam yang seram lagi menakutrkant Syarikat-syarikat produksi filem yang mengeluarkan lambakan cerita-cerita ‘hantu’ dan seram kepada syarikat televisyen perdana menyumbang kepada budaya negatif seperti meminta izin ketika melalui pokok besar dan sebagainya..Menambahkan lagi perisa dan rencah kepada ‘penghayatan’ cerita ini, sudah tentu slotnya ditayangkan pada malam Jumaat, malam yang kononnya amat ‘misteri’ bagi penggemar-penggemar alam mistik. Amat malang sekali apabila malam yang sepatutnya diisi dengan fadilat kebesaran hari Jumaat, siri-siri diskusi ilmiah dan slot-slot tazkirah diganti dengan pengisian mitos dan melalaikan.
No comments:
Post a Comment